Nuffnang

Tuesday, August 26, 2014

Airis 8 Bulan : Makanan Bayi 8 Bulan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bila Airis dah masuk 8 bulan, dalam kepala ni dah start nak cuba resepi yang lain pulak.
Dulu masa 6 bulan sibuk buat puree buah & sayur, Masuk 7 bulan sibuk dengan bubur nasi, oat & pasta. Sekarang 8 bulan dah boleh makan makanan yang lain-lain pulak macam keju, yogurt dan berries.

Setakat ni airis dah lepas beberapa test makanan dari dia 6 bulan. Fa tak bagi sekaligus, fa asingkan sikit-sikit ikut bulan. Supaya perut airis tak terkejut. Tapi jangan lupa 4 day rules ye semua supaya kita boleh detect makanan mana yang anak kita elergi. Setakat ni senarai makanan yang Airis dah lulus.

BUAH:
Apple
Pear
Mangga
Pisang
Strawbery
Jagung
Kurma
kismis
Avocado
Orange - fa cuma masukkan dalam Food Feeder & airis isap jus orange tu je.

SAYUR:
Carrot
Bayam
Brokoli
Sweet Potato
celeri
Kentang
Tomato

LAIN-LAIN:
Bubur Nasi
Nasi Ayam
Ayam
ikan bilis
Ikan (Ikan merah)
Roti bakar
Pasta
Oat

Fa tak bagi airis makan kobis bunga & pumpkin lagi sebab 2 benda ni macam berangin sikit. Jadi bila airis dah masuk 8 bulan ni baru fa nak cuba. Betik pun belum bagi sebab asik lupa je nak beli betik. Jadi betik boleh masuk list.

Bila baby dah masuk 8 bulan ni, seronok sikit lah kan sebab ibu-ibu semua dah boleh nak tumis menumis. Dah boleh bagi banyak pilihan makanan sikit. Macam Airis alhadullilah dia bab makan senang sikit. Tak banyak songeh. Kira bagi apa je pon dia makan & tak timbul masalah macam ruam ke, sembelit ke atau kembung perut yang kronik.


LIST makanan Airis untuk 8 bulan:
Papaya
Kiwi
Plum
Pumpkin
Kobis Bunga 
Tofu - Tahu lembut & kena kukus.
Peas - Boleh beli yang frozen.
Cheese -fa baca better cari Cheddar Cheese yang block. Jangan yang slices sebab kandungan garam yang tinggi. Tapi kalau tak jumpa yng block boleh je kot bagi cheesedale tu tapi sikit je lah.
Yogurt - Plain yogurt bukan yogurt buah2an
Daging - mama kata rebus daging & ambil stock buat bubur.
Barli - Untuk barli fa dah beli yang organik. Belum masak je lagi.

Setakat ni fa still belum bagi airis garam & gula. Walaupun mama banyak kali cakap, letak garam sikit baru sedap.. letak gula sikit baru ada rasa. Jawapan fa still NO! Jadi untuk gantikan bahan perisa semua tu fa gunakan :

Kurma & Kismis - gantikan gula
ikan bilis - Perasa
Cheese - gantikan garam.

Mommies boleh jugak taburkan serbuk kayu manis dekat makanan baby kasi bau sedap je. Tapi fa belum cuba. Nanti dah cuba fa share resepi ye.

Makanan yang mak masak mesti lagi sedap kan? Jadi rajin-rajin lah kedapur masak untuk baby anda. Seronok tau bila tengok anak anda berselera makan masakan yang anda masak tu.
Kalau mommies yang berkerja. Boleh buat puree siap-siap weekend tu, Beras blend kasi halus. Buat stok ikan bilis. Beli slow cooker. Campak je semua senang kan?

Ok nanti fa share resepi lain pulak.

Sharing is Caring

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...