Nuffnang

Saturday, August 22, 2015

Punca & Penyebab - Kenapa saya masih belum hamil?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

TTC atau panggilan panjang dia Trying To Conceive atau cuba untuk hamil dalam bahasa melayunya, mungkin agak sensetif bagi sesetengah pasangan. Semalam baru je fa berborak dengan kakak fa yang mana kawan dia masih belum ada anak walaupun dah macam-macam usaha buat untuk pregnant & tak ada masalah kesuburan. Bagi fa semuanya bergantung pada rezeki, Allah lebih mengetahui masa-masa yang tepan bukan?

Bila Airis dah nak masuk 2 tahun, niat nak beri adik tu memang ada, tapi bila  airis masih lagi menyusu mungkin agak susah kot nak lekat? Cadangnya bila airis masuk umur 1 tahun 5 bulan fa pregnant lagi, tapi masih belum ada rezeki.

Kadang macam-macam persoalan kenapa masih belum pregnant sedangkan cycle period setiap bulan normal. Checkup dengan pakar pun tak ada masalah. Sepatutnya tak adalah masalah kan? 1 tahun selepas nikah mungkin normal, tapi kalau dah masuk 3 tahun dan keatas mulalah kita stress sebab orang dah mula tanya-tanya, cakap-cakap, banding-banding. Mulut manusia kan, faham-faham sajelah. Fa dulu pon macam tu jugak. Alhamdullilah i can face it! Caranya? Buat boolayan. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Punca kenapa masih belum hamil.

Kerap kali masalah kesuburan selalu dikaitkan dengan wanita. Masalah seperti PCOS, CYST, Kitaran period tak normal merupakan antara penyebab kepada masalah kesuburan. Untuk pengetahuan, di kalangan pasangan suami isteri yang subur, peratusan kejayaan hamil selepas percubaan bulan pertama hanyalah sekitar 25 peratus. Ini bermakna 75 peratus daripada pasangan perlu mencuba beberapa kali. Senarai dekat bawah ni adalah punca/penyebab kepada masalah kesuburan yang kita selalu tidak ambil peduli. Jom baca.

ehsan Google
1) Usia anda & Pasangan
Zaman sekarang dengan ekonomi sekarang, ramai yang lebih suka berfikir nak cari duit dari fikir tentang kahwin. Memang ramai yang kahwin lambat bukan? Cuba fikir balik zaman nenek kita, zaman mak kita semua kahwin awal. Anak berderet je kan? Sebenarnya usia seseorang terutamanya wanita memainkan peranan pada tahan kesuburan dan hormon. Bagi wanita, bermula umur 30 tahun dan semakin umur meningkan, tahap kesuburan akan menurun dari tahun ke tahun & dapat mengurangkan atau melambatkan peluang untuk hamil. Bagi lelaki, tahap kesuburan menurun selepas umur 40 tahun.

2) Gaya hidup / lifestyle
Perhatikan gaya hidup anda, sihat atau tidak? Anda kerap bersenam? Anda jaga pemakanan anda? Anda dapat rehat & tidur yang cukup? Kehidupan sekarang banyak mempengaruhi lifestyle kita. Tekanan, kerap makan makanan segera/fast food, merokok, minum minuman keras, minuman bergas semua tu punca kepada masalah kesuburan. Sekarang tak payah tunggu berumur nak dapat penyakit, muda-muda pon dah berpenyakit. Kalau nak cepat hamil, apa kata anda mulakan gaya hidup yang sihat dan jaga pemakanan anda. :)

3) Stress /tekanan yang melampau
Stress & tekanan yang melampau juga penyebab kepada ketidaksuburan. Bila kita stress, sedikit sebanyak mengganggu proses persenyawaan sekaligus mampu menutup peluang anda untuk hamil. Anda mungkin boleh bawa pasangan anda untuk berbulan madu dan lupakan hal-hal kerja atau pekara-pekara yang membuatkan anda tekanan buat sementara waktu. Perbanyakkan istigfar, baca al-quran untuk mendapat ketenangan jiwa.

4) Pakaian
Untuk lelaki yang gemar memakai seluar dalam & seluar-seluar ketat tu dinasihatkan untuk ubah gaya fesyen anda tu kerana dengan memakai seluar/seluar dalam yang ketat anda sebenarnya menyumbang kepada punca ketidaksuburan. Seeloknya memakai "boxer" kerana lebih longgar dan selesa.

5) Kaffein
Anda penggemar Coffee? Haaaa... seeloknya anda yang nak kan anak hentikan pengambilan kafein atau kurangkan pengambilan sepanjang anda merancang untuk hamil. Terdapat kajian menyatakan, kandungan kaffein yang terkandung dalam badan mengganggu kemampuan telur untuk melekat dalam uterus.
Fa seorang coffeeholic. Dalam usaha nak dapatkan Airis dulu, fa kurangkan pengambilan coffee fa untuk beberapa bulan. Kalau sebelum setiap hari mesti kena minum secawan tetapi selama beberapa bulan fa hanya minum selang 2 hari atau tak minum langsung.


6) Berat badan
Kegemukan juga antara punya ketidaksuburan yang sering diperkatakan walaupun ianya pekara yang sukar untuk diterima umum. Berat badan yang melebihi bacaan normal BMI menyebabkan keseimbangan hormon tidak dapat dicapai. Penghasilan telur bagi wanita dan sperma bagi lelaki akan terganggu akibat rembesan hormon yang berlebihan atau berkurangan. Kegemukan juga mengakibatkan masalah-masalah seperti PCOS, masalah hormon & period tidak teratur dan masalah-masalah lain bagi wanita. Untuk lelaki pula, masalah kegemukan akan menganggu penghasilan dan kualiti sperma. Ada kajian mendapati lemak-lemak yang terkumpul di sekitar testis boleh meningkatkan suhu di kawasan sekitar. Oleh kerana sperma sangat sensitif pada suhu yang tinggi, maka kehadiran lemak ini boleh menyebabkan sperma mati dan tidak lagi aktif. Namun, kajian menyeluruh tentang hal ini masih belum dijalankan.

7) Hormon
Sesetengah wanita tidak ada masalah untuk hamil tetapi tubuh mereka tidak mampu menghasilkan hormon progesterone yang mencukupi bagi mengekalkan kehamilan. Oleh itu, sekiranya anda risau tentang kemungkinan ada masalah hormon ataupun masalah fizikal yang menyukarkan kehamilan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Ada ujian-ujian khas untuk cek hormon badan anda atau anda boleh beli test kit hormon di farmasi untuk cek sendiri tahap hormon anda dirumah.

8) Sperma
Ada sesetengah lelaki bermasalah untuk menghasilkan sperma. Akibatnya isteri mereka sukar hamil. Banyak faktor sebenarnya kenapa masalah ini timbul. Antaranya faktor kesihatan, gaya hidup & pemakanan yang tidak sihat dan juga persekitaran. Oleh yang demikian, suami perlulah menjalani beberapa ujian terhadap sperma mereka untuk mengetahui keadaan sebenarnya.



Bila dah baca penyebab-penyebab kat atas tu, anda dah boleh buat checklist waktu subur anda. Bersama pada hari subur dapat meluaskan peluang anda untuk hamil. Sekiranya anda ada masalah hormon atau cycle period yang tidak tetap atau pasangan anda ada tanda-tanda kepada masalah kesuburan, anda boleh ke entri "Peluang Hamil dengan Set Kesuburan Shaklee" untuk dapatkan supplement yang bersesuaian.Supplement Shaklee membantu dalam kesihatan dalaman & luaran anda untuk tingkatkan lagi peluang anda untuk hamil. InsyaAllah. Fa & ramai lagi customer yang berjaya hamil dengan SET KESUBURAN Shaklee, mungkin anda pasangan yang seterusnya, siapa tahukan? Apa-apa pun semua dengan izin Allah S.W.T kenara DIA yang Maha Mengetahui.


Tak pasti cara kira waktu subur? Kenkadang fa pun konpius gak nak ajar kira waktu subur. Cara senang anda download je Aplikasi "Period Calendar" dekat Goggle Play Store. Setting ikut cycle period anda yang dapat bantu memudahkan anda mengira waktu subur. Bila period dah regular, waktu subur dah tetap, senang lah nak rancang untuk pregnant kan? Fa doakan semoga segalanya dipermudahkan & usaha anda diberkati. InsyaAllah.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)

SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 30% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...