Nuffnang

Friday, January 22, 2016

Resepi : Egg Muffin

Assalamualaikum Semua!

Selalunya bangun pagi mesti mengharap babah volunteer tapau breakfast tapi selalunya tak akan dapat. Sebab babah pergi kerja selalu sangat nak rush. Sudahnya breakfast kemana..jadi fa lagi senang bangun pagi dan buat breakfast. Cuma kadang-kadang tu buntu tak tau nak buat ape...

Meh fa kasi 1 idea menarik nak hidang untuk breakfast. Fa dapat ni dari group bento. Resepi simple je tapi shodap! Mak mak yang rajin buat bento utk anak maybe boleh cuba resepi ni. Dorang mesti suka sebab ade cheese! Bahan-bahan simple je.. fa guna ape je yg ade kat rumah ni. Belasah je.



Resepi EGG MUFFIN

Bahan-bahan


✔Untuk base:
Roti putih

✔Untuk filling:
Sausage (fa guna isi nugget ayam ramly)
Carrot (opsyenal)
Timun jepun (opsyenal)
Cili padi utk mamy (opsyenal)
(Anda boleh ganti isi dengan daging atau sausage, mixed vegi atau capsicum)

Telur
Susu
Garam
Black pepper
(mix sekali sampai sebati)

✔Untuk tabur:
Parutan cheddar cheese
(Boleh guna apa-apa cheese yang anda suka)

Senang je kan? Ok now cara-cara dia:


Resepi ni sepatutnya buat dalam tray muffin. Tapi fa takde tray muffin, fa cuma guna acuan macam dalam gamba tu. Acuan fa kecik je. Jadi roti tu fa potong 4. Satu acuan fa letak 2 potong roti.

1. Sapu acuan dengan butter/margerin supaya tak lekat nanti masa bakar.
2. Tekan roti dalam acuan kemas-kemas
3. Letak filling (isi nuget,timun,carrot)
4. Tuang telur
5. Tabur cheese (lagi banyak lagi best!

6. Bakar dalam oven
180'-200'c selama 20-25 minit
Ikut oven masing-masing ye. Fa bakar sampai nampak rangup roti dan cheese tu brown-brown keemasan.

Hidangkan dengan minuman kegemaran (:

Selamat mencuba♡



Jangan lupa join " Birthday Giveaway by finurz creations" tau.. Hadiah Misteri menanti anda!!

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...