Nuffnang

Sunday, July 17, 2016

Period Lewat 5 hari - UPT Test Negatif


Pagi-pagi subuh dah buat UPT TEST tapi resultnya negatif. Hari ni hari ke 5 dah lewat period. Kalau ikut cycle, hari ni cycle ke 35 kot gitu.

Selepas bersalin memang perubahan hormon tu ketara. Bila menyusu badan lagi la tunggang langgang jadinya. Tapi selalu fa memang period ontime. Kalau lambat pon dalam 1-3 hari. Bila dah lebih 3 hari tu memang terus buat UPT TEST tapi selalunya result negatif jap-jap lagi period. Haiss..

Makan pulak tak beringat. Semua rasa teringin. Badan pulak makin nais. Nak telan OMEGA, LECITHIN,ALFALFA & HERBLAX risau lak kot-kot pregnant kan.. Dah rasa macam belon je badan. huhuhu ..

Memang nak pun pregnant lagi. Lebih-lebih lagi bila terima ramai customer yang nak beli set berpantang.. set hamil.. rasa rindu tau nak update entry cerita tentang pengalaman preggy & makan supplement Shaklee poojaann hati ni. Dulu airis 4 hari lewat period dah nampak naik 2 line. Walaupun 1 line tu samar-samar. Masa fa keguguran dulu pon lewat dalam beberapa hari je naik jugak line samar-samar. Tapi yang ni yilek. 1 line je yang timbul.. haiss..

Ade yang beri pendapat tunggu sampai seminggu lewat period baru cek. Sebab kadang-kadang hormon HGC kita tu terlalu rendah tak boleh nak detact. Hormon HGC setiap wanita berlainan. Sebab tu ada yg belum due period pun dah boleh nampak double line kat UPT TEST. Ada yang sampai lewat 2 minggu baru naik dua line. Tapi biasa la.. kalau dah UPT strip berlambak memang hari-hari asik nak mencelup je kan. Baru semalam fa beli Test Strip OPK & UPT dekat *Shopalot blog* UPT strip 80sen je sekeping. Beli banyak-banyak simpan untuk kegunaan lain kali. Tak ke mental asik nak mencelup je? =.='

Subuh tadi fa google-google nak baca entry pengalaman UPT negatif tapi pregnant. Jangan ingat UPT negatif tak prenant. Ramai je yang pada mulanya negatif, bila cek balik selang seminggu , 2 minggu naik 2 line pekat. Jadi fa masih boleh mengharap la selagi belum period ni..hehhehe . 

Taktau kenapa rasa macam pregnant. Tapi boleh jadi jugak hanya "Imaginary Prenancy Sindrom" atau IPS . Biasa bila seorang wanita yang lewat periodnya dan mengharap yang dia pregnant akan mengalami simdrom IPS ni. Perasaan seperti kembung perut, bengkak payudara, mual-mual bila cek UPT negatif akan timbul rasa kecewa. Haaa... fa masa usaha nak pregnant dulu menag selalu ade IPS ni. Last-last period. Keciwa gila. 

Fa terbaca dalam 1 blog ni, dia pon lambat datang period. Bila cek UPT test tapi negatif. selama-lamanya dia cek UPT guna test strip yang dia dapat free tetapi negatif. Bila dia beli pregnancy test dekat farmasi naik cantik je 2 line tu maknanya positif preggy. Jadi dalam kepala otak fa mungkin jugak test yang fa beli 80sen ni takde chemistry dengan fa? muahahha suka hati je kan.. ni pon salah satu perasaan IPS jugak ni =.=" tunggu la lewat 2 minggu baru boleh beli yang mahal kat farmasi. Beli sekarang kang membazir pulak.

Ada tu yang fa baca sampai kena buat ujian darah baru tau pregnant sebab bila test guna UPT test asik negatif tapi period dah lewat lebih 2 minggu. Jika korang ni menag jenis yang bukan lewat period senang la nak detact. Kalau cam fa yang tunggang langgang ni nak tunggu period tu memang menduga jiwa. Tapi selalu lepas solat fa doa "if fa tak pregnant mintak Allah turunkan period ontime supaya fa tak mengharap & tak kecewa & mintak dijauhkan dari penyakit yang memudaratkan... tapi jika fa pregnant, beri fa tanda-tanda atau instinct yang fa pregnant supaya fa boleh ambil langkah berjaga-jaga"

Korang boleh google banyak cerita menarik yang mommy-mommy ni share. Ye la pengalaman orang lain-lain kan.. ^___^ atau korang boleh baca kat blog faveret fa. Blog Dr Zubaidi selalu je ade jawapan untuk keraguan fa ni.

Test Strip 6.30 pagi 17/7/16
Ok sebab taknak membazir UPT test ni dan takmo kecewa bagai fa nekad untuk cek lepas seminggu lewat. Kalau katakanlah bukan rezeki fa kita cuba lagi dan lagi sampai berjaya. OPK test pon baru refill jadi senang la nak detact waktu subur tu ... Telan terus GLA 2 biji  & Alfalfa 6 biji bila period datang kasi bersihkan yang darah lama yang tersumbat-sumbat tu.

Selagi belum period ni fa kena stop makan alfalfa, omega, lecithin, vivix, Gla, Herblax... Fa hanya konsisten telan VITAMIN C, BCOMPLEX, VITALEA, ESP, OSTEMATRIX. Manalah tau kan memang rezeki fa nak pregnant lagi .. atleast ambik langkah berjaga-jaga. 

=============================================================


===========================================

PENGEDAR SHAKLEE SRI PETALING, PENGEDAR SHAKLEE BUKIT JALIL, PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI BESI, PENGEDAR SHAKLEE TASIK SELATAN, PENGEDAR SHAKLEE KUCHAI LAMA,PENGEDAR SHAKLEE OUG

Whatsapp/SMS/Telegram 012-3841916
Like us on Facebook : Finurz Creations
Follow us on Instagram : @finurz_creations



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...